Jom kita guna blog De'TIK 80-81 ( http://detik8081.blogspot.com ) ini untuk tujuan kita berkomunikasi .. kerana dah hampir 30 tahun kita meninggalkan SEKOLAH TEKNIK KUANTAN ..
Ada apa-apa cadangan dan sape2 nak jadi MEDERATOR atau TUKANG UPDATE .. silalah bagi tahu agar sama-sama boleh update selalu blog kita warga bekas EXTI8081 ..
Tuan Hazmal dan lain2 sila join dan update email, nak jadikan moderator belako..
Terimakasih dari saya Hamzah Abd.Raffar (5E) aka rakanweb/rakansms
Salam buat semua..
Guna CBOX bagi INFO TERKINI!
Sila guna CBOX ini utk tanya khabar & komunikasi ringkas sesama kita..
Our YahooGroup pls visit http://groups.yahoo.com/group/ExTIKuantan8081
Salam dari guru kita..
Assalamualaikum,
Saya dengan rendah hati ingin memaklumkan bahawa akan bertukar dari Politeknik Ungku Omar ke Kolej Komuniti Jempol, N.S sebagai Pengarah mulai dari 15 hb November 2009. Semua alamat surat menyurat adalah seperti berikut:
Hj.Md Isa bin Selaiman,PPT.
Pengarah
Kolej Komuniti Jempol
Taman Industri Mahsan
Km.5, Jalan Mahsan
72100 Bahau Negeri Sembilan.
No. Handphone : 019-5701435
email: mselaiman@yahoo.com
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas ucapan takziah dan sokongan kepada saya semasa Allahyarhamah isteri saya Hjh Zaleha bt Rahmah meninggal dunia ketika menunaikan solat asar (Khamis) 3 September yang lalu dirumah kediaman saya di Ipoh.Jenazah telah selamat dikebumikan selepas solat jumaat di Mesjid Sultan Yusoff Ipoh. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.
Saya juga ingin mohon maaf sepanjang saya menjadi guru dan warden anda dulu kemungkinan melakukan kesilapan atau telah menyinggung perasaan serta emosi saudara/saudari sekelian.Saya doakan kejayaan dalam karier yang anda ceburi dapat memperolehi syurga dan dihindari sama sekali neraka.
sekian, terima kasih.
yang ikhlas,
Hj.Md Isa bin Selaiman
Guru
SMT Kuantan 1980-1986
SMT Melaka 1986-1992